Malaysia Graffiti

Isnin, 30 Mei 2011

Rezeki Graffiti


Masih lagi cerita di Putrajaya..
Pada Sabtu 28 May, aku telah terserempak dengan satu pertandingan graffiti.. dekat
je dengan lorong seni tapi tempat agak tidak strategik.
Papan yang disusun memang banyak tapi malangnye peserta cuma ada beberapa sahaja..
aku pun tanpa befikirr panjang terus join..
Spray yang dibagi memang hancor.. warna gold, oren, merah, dan kelabu..
Spray can memang hancor warnanya. drip giler..

Spray can itu..
mula-mula aku nak buat complicated.. tapi sebabkan masalah drip dan tak cukup cat aku tuka buat simple jek.. hahaha..

papan tak dicat dan drip
tukar design


siap


Kelibat Buzy di sana
Walaupun aku buat buruk.. tapi semalam aku dapat berita yang aku Juara.. yeaa!
mesti sebab otai-otai graffiti tak join pun.. hahaha
kelakar jugak tapi inilah rezeki Allah S.W.T.. sesiapa pun berhak dapat.
Alhamdulillah..

Momza Plushie Design

Banyak juga yang aku nak update sebenarnya..
penat aktiviti 3 hari tak habis lagi.
hari Jumaat dan Sabtu buka booth di lorong seni sempena himpunan
sejuta belia di Putrajaya. jualan Momza Plushie kira OK lah kot..
Hari Ahad ada Graffiti Getaran Jiwa di Balai Seni Lukis Negara..
(akan diupdate kemudian).

Inilah antara design Momza Plushie rekaan Peroltz dan Eim Monsta:





Topeng yang boleh dibuka.



Peroltz and Eim Monsta

Hassan Syukri Hamzah dengan Momza pilihan






Hari kedua.. hampir habis.