Malaysia Graffiti

Memaparkan catatan dengan label Borak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Borak. Papar semua catatan

Isnin, 20 Februari 2017

Maybank Mural at Universiti Teknologi Petronas (UTP)

The team and clients
It's the second mural project I did with Maybank and this time it is at
Universiti Teknologi Petronas branch. The concept is a continuation of
the previous campaign which is freedom of cashless transaction.









Khamis, 22 Disember 2016

Persoalan-persoalan tentang Graffiti.

Harini saya diinterview oleh NasionalFM...



masa mula-mula risau jugak takut soalan-soalan yang ditanya susah dijawab sebab saya tak pernah lagi diinterview di radio. Tapi layan je la mungkin boleh sampaikan mesej positif tentang graffiti di Malaysia supaya masyarakat boleh terima.

Maka saya nak kongsikan sedikit sebanyak soalan dan jawapan dalam perbincangan itu.

1. Apakah perkembangan graffiti di Malaysia?
   - Perkembangan graffiti di Malaysia hari ini jika dibanding dengan pada mula dahulu adalah ia
     semakin mendapat tempat di hati masyarakat, Bakat muda semakin ramai yang ingin mencuba
     manakala bakat-bakat sedia ada semakin meningkatkan mutu dan skill mereka sehingga setanding
     dengan luar negara. Malah ada antara kami yang dipanggil untuk berkarya di luar negara dan
     ini membuktikan bahawa bakat-bakat kami diiktiraf oleh mereka.

   - Ada juga antara kami yang menjadikan graffiti sebagai kerjaya sepenuh masa dan mempamerkan
     karya kami di galeri-galeri seni terkenal seperti di Whitebox, Publika baru-baru ini. Pameran itu
     adalah "Malaysia Graffiti".

Malaysia Graffiti Exhibition



2. Penerimaan masyarakat tentang seni ini?
   - Mengikut pengalaman saya, masyarakat menerimanya dengan positif. Jika kita lihat bagaimana
     satu lorong yang dahulunya tak ada orang nak lalu dan menjadi tempat pembiakan tikus boleh
     ditransformasi menjadi tarikan pelancong. Lorong itu kemudian menjadi lebih selamat dan tempat
     untuk orang berjalan-jalan dan selfie.

lorong seni seksyen 2, Shah Alam.

3. Ada yang mendakwa ianya cenderung kepada vandalisme, komen anda?
   - Ada masalah tentang persoalan itu dari dulu lagi iaitu apabila graffiti dikaitkan dengan vandalisme
     ia seolah-olah memisahkan graffiti daripada sifat seninya, Sedangkan sebenarnya graffiti satu
     benda manakala vandalisme pula satu benda yang lain. Graffiti itu seni kerana terdapat      
     penggunaan elemen dan prinsip seni di dalam menghasilkannya. Apa yang membezakannya
     graffiti itu seni atau tidak hanyalah kebenaran daripada pemilik dinding itu. Sifat vandalisme
     bagi seni graffiti menambahkan keunikannya sebagai suatu seni yang percuma untuk masyarakat.

4. Prospek atau peluang kerjaya sebagai artis graffiti.
    - Kerjaya sebagai artis graffiti adalah luas kerana masih tidak ramai yang melakukannya. Prospek
      bagi graffiti pula adalah sesiapa sahaja yang memiliki dinding kosong. Semakin banyak jenama
      terkenal di Malaysia menggunakan seni graffit sebagai media untuk menyampaikan mesej
      pengiklanan mereka.

   - Selain itu, jika dibuat di pejabat-pejabat, ia akan dapat menaikkan aura dan semangat di tempat
     kerja. Hotel menggunakan graffiti sebagai tarikan pelancong mengambil gambar bersama hotel  
     mereka, begitu juga di kedai-kedai dan rumah kediaman. Sekolah juga memilih untuk dilakukan
     graffiti sebagai menggantikan mural kerana lebih bersifat keremajaan dan lebih menarik.

graffiti di sekolah


5. Apakah tema yang biasanya diangkat sebagai karya dalam seni graffiti?
   - Biasanya tema graffiti bergantung kepada artis graffiti itu sendiri. Tema utama adalah menulis
     nama sendiri atau karakter-karakter pelik dan latar belakang untuk melengkapkan tulisan itu.
     Tema ini dipengaruhi budaya Hip-Hop seperti fesyen, muzik, hip-hop heroes, dan lain-lain.
   - Di Malaysia, pada pendapat saya kita boleh melihat tema perpaduan di mana artis-artis graffiti
     selalunya bergabung untuk menghasilkan satu master piece. Tema-tema ini pula tidak menyentuh
     sensitiviti masyarakat berbilang kaun di Malaysia.

Artis graffiti Malaysia 


6. Apakah ilmu dan persediaan pada seseorang artis yang ingin memulakan langkah dalam 
    seni graffiti ini?
    - Pertama sekali mereka perlulah pandai melukis dan ada sedikit sebanyak ilmu dan teori seni.
    - Kedua mereka perlukan tenaga fizikal dan sihat tubuh badan kerana graffiti ini memerlukan
      tenaga yang banyak untuk menghasilkan lukisan besar dalam masa yang singkat.
    - Ketiga adalah kewangan yang cukup untuk membeli spray.
    - Mulakan dahulu dengan lakaran di atas kertas sebelum ke dinding. Belajar peraturan-peraturan
      dalam graffiti dan bagaimana hendak melakukannya. Kelengkapan lain sepersi spray mask dan
      sarung tangan adalah perlu untuk keselamatan.


7. Pesanan dan harapan kepada masyarakat berkaitan seni graffiti ini.
    - Pesanan saya adalah anak-anak muda Malaysia mempunyai bakat yang besar dalam apa sahaja
      bidang yang diceburi, berilah mereka sokongan dan galakan dalam apa yang mereka minat
      kerana jika dihalang mereka tetap akan melakukannya tetapi mungkin dengan cara yang negatif.





Ahad, 30 November 2014

Open Call Handmade Sticker Exhibition

We just opened our Gallery at Publika Art Rows. come visit, participate and chill with us!


Salam was here

perol

Kenzy
Escape
Rash

Sattama

Si Tomi


Khamis, 22 Disember 2011

Throws Up Animation

Besok aku ade interview untuk job animator..
sebelum ni aku pernah lupakan niat untuk jadi animator, sebab nak jadi mende lain..
tapi dalam lubuk hati aku sebenarnya masih ada lagi harapan tu,
aku terus terima interview tu tanpa fikir panjang.

silakan enjoy simple animation yang aku baru siapkan tadi.. Wish me luck!






I think that animation is magic because it creates illusions.

Isnin, 19 Disember 2011

It's still coming


tangguh..
ya ia masih akan datang.. ok jugak sebab ada banyak masa lagi..
KL Sticker Day masih ada.. akan menyerang 31 December.
InsyaAllah.



Ready? Lets go!


Like Our Facebook

Selasa, 6 Disember 2011

Its Coming.. KULSIGN 2011


     Itu dia KulSign 2011 is coming.. Kali ini aku pergi dengan nama crew Peroltozoa Brothers.
Tak tahu lagi nak bomb gamba ape.. tapi insyaAllah ianya akan lebih baik dari sebelum ini.
Post sebelum ni di Kul Sign 2010.

Ahad lalu aku sertai Gotong Royong Graffiti 2011.. seronot, dapat duit dan Montana 94... Rugilah siapa yang tak datang. menangislah anda. tapi aku pegi bukan sebab duit, tapi untuk gotong royonglah... merapatkan silaturrahim, budaya kita kan (gurauan hipokrit)? ingat tak masa sekolah dulu kita kena buat lukisan tajuk gotong royong? tapi tak penah terfikir pun gotong royong kene cat graffiti.. hahaha!


Simbolik program gotong royong ni memang agak mendalam.. Penggiat graffiti sendiri yang memadam graffiti dengan tangan mereka walaupun sebenarnya DBKL boleh je buat sendiri. hebat la kan?

GOTONG ROYONG GRAFFITI 2011


Video is taken from Kulsign festival facebook.








Ahad, 27 November 2011

Gua Masuk TV

Dijemput untuk demo di rancangan Assalamualaikum, TV Alhijrah.
Anokayer dan orange dalam studio manakala aku pula
di luar untuk menyiapkan graffiti.



Anokayer dan Orange

Peroltz

Live

Sempena Maal Hijrah marilah kita menghijrahkan seni Graffiti ini ke arah
yang lebih baik. Semoga seni ini mendapat kemenangan di Malaysia.

Isnin, 31 Oktober 2011

Message Behind My Graffiti

Graffiti depends on people's perspective.
We as graffiti writer can never be beside our pieces just to tell you what we
want to achieve or express through it.
People who don't consider graffiti as an art form are plain stupid or they are just ignorance.
Yes some graffiti are vandalism and pain in the ass of your eye, i mean your brain... you cannot brain.. what? never mind. But it is just a state of mind.

To me, its just my taste of creating an image out of pencil and paper,
transfer it to the wall with expression later on. I writes my name so people would know that I just can and that i am a tiny existence in this world.


Sometimes when people keep asking me the same question I just made up some reasons. Such as alien riding a monsters: As human being, we are always so small.. Even so some of us are known for doing big things to even the weirdest thing!

"C'est en faisant n'importe quoi qu'on devient n'importe qui"
"It's by doing anything that we become anyone" - Rémi Gaillard

Graffiti artists tend to write a very big piece on the wall. We think big we do big.


Graffiti can even just stand on its own aesthetic value without any meaning. There are still  lots to enjoy out of the physical aspect and how i compose the elements of graffiti between letters, the character and effects such as drips, cracks, bubbles, tags etc. so it would reflect my energy. Even better if you know that the technical part is really hard to master. There are some fascinating graffiti videos that you just love to see how its done, from the sketch, lifting dozens of cans, and bombing the piece with their crew.

Isnin, 24 Oktober 2011

KL Sticker Day

There will be a sticker attack in KL this December.
We gonna have a chill session while drawing our sticker in the morning
and have a trip around KL to stick it. 
This is the beginning of history before it's gonna be big in the future.

You can also send us your stickers so we can stick it  for you,
wherever you are.

do check us out on our Facebook


Rabu, 12 Oktober 2011

Dream

My dream had finally come true,
so am I living in a dream now?
but my dream had just become reality.
and I will always be living in reality while
I'm still dreaming a lot.
not sure of anything..


Selasa, 11 Oktober 2011

Before Peroltz




I came from outer space.. on Earth, I raise these 3 other Earthlings.
U know which one is me..






Khamis, 6 Oktober 2011

Aku Maafkan Kamu.

Memang tak sia-sia aku minat Malique dari dulu sampai sekarang.
lirik Inggerisnya dulu buatkan aku minat belajar Bahasa Inggeris,
sekarang aku semakin minat Bahasa Melayu kerana nak memahami lirik tulisannya.

"Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa"-Malique
betul la.. Kau hebat, aku tak.. hahaha.

Lagu terbaru dia.. tak boleh tahan dari jatuh cinta pada lagu "Aku Maafkan Kamu"
feat Jamal Abdillah. Belum habis minat lagi lagu "Perang Dah Tamat" dan
Mantera Beradu. Memang terbaik dari ladang.

Dari penilaian aku, lirik dia sekarang banyak berunsurkan dakwah. atau lirik bersunsur
sufi? apa-apapun layan la lirik dia di bawah..

*Chorus dia terbaik sebab mula dengan Alif, Ba, Ta.
*Hak Miranda = hak untuk diam






Malique Aku Maafkan Kamu Feat. Jamal Abdillah

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan..

Selasa, 27 September 2011

Urban Creature skin contest.

Peroltozoa Sketch da siap print...
tinggal nak binding je. 


Inilah idea aku untuk design skin Urban creature.
Facebook


Khamis, 22 September 2011

Kompilasi Lakaran dulu-dulu dan terbaru

Peroltozoa sketch (Pertama)..

Kompilasi sketch dulu-dulu dan  terbaru..
untuk dijual kepada yang sudi..
black & white printed.


Rabu, 17 Ogos 2011

Working on a new style

need something soft to tone down my bloodthirsty savage monsters

Isnin, 30 Mei 2011

Rezeki Graffiti


Masih lagi cerita di Putrajaya..
Pada Sabtu 28 May, aku telah terserempak dengan satu pertandingan graffiti.. dekat
je dengan lorong seni tapi tempat agak tidak strategik.
Papan yang disusun memang banyak tapi malangnye peserta cuma ada beberapa sahaja..
aku pun tanpa befikirr panjang terus join..
Spray yang dibagi memang hancor.. warna gold, oren, merah, dan kelabu..
Spray can memang hancor warnanya. drip giler..

Spray can itu..
mula-mula aku nak buat complicated.. tapi sebabkan masalah drip dan tak cukup cat aku tuka buat simple jek.. hahaha..

papan tak dicat dan drip
tukar design


siap


Kelibat Buzy di sana
Walaupun aku buat buruk.. tapi semalam aku dapat berita yang aku Juara.. yeaa!
mesti sebab otai-otai graffiti tak join pun.. hahaha
kelakar jugak tapi inilah rezeki Allah S.W.T.. sesiapa pun berhak dapat.
Alhamdulillah..

Momza Plushie Design

Banyak juga yang aku nak update sebenarnya..
penat aktiviti 3 hari tak habis lagi.
hari Jumaat dan Sabtu buka booth di lorong seni sempena himpunan
sejuta belia di Putrajaya. jualan Momza Plushie kira OK lah kot..
Hari Ahad ada Graffiti Getaran Jiwa di Balai Seni Lukis Negara..
(akan diupdate kemudian).

Inilah antara design Momza Plushie rekaan Peroltz dan Eim Monsta:





Topeng yang boleh dibuka.



Peroltz and Eim Monsta

Hassan Syukri Hamzah dengan Momza pilihan






Hari kedua.. hampir habis.